top of page

Sejarah

Sekolah Ugama Kg. Bolkiah

 

 

Alhamdulillah  pada tahun 1999,  Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia  Paduka Seri Baginda Sultan melalui Jabatan Pengajian Islam telah menubuhkan sebuah lagi sekolah  ugama  kerajaan di negara  ini khususnya  bagi  penduduk di Kampong Air iaitu  Sekolah  Ugama Kg.  Bolkiah yang terletak  di Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kg. Bolkiah ‘B’, Berambang. Penubuhan sekolah ugama tersebut adalah  bagi   penduduk-penduduk  yang  tinggal  di sekitar  perumahan   tersebut khususnya Kg. Bolkiah ‘A’ dan Bolkiah ‘B’.

 

Sebelum  penubuhan  dan  pembukaan  sekolah  ini,  murid-murid  yang  tinggal di kawasan perumahan tersebut  ada yang belajar  di Sekolah Ugama Begawan Pehin Udana Khatib Haji Awang Umar Kg. Setia, Sekolah Ugama Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Kg. Saba, Sekolah Ugama Al Muhtadee Billah Kg. Lurong Dalam dan Sekolah Ugama Pintu Malim.

 

Majlis  Doa  Selamat  dan  Kesyukuran  sempena  Pembukaan  Sekolah  Ugama Kg. Bolkiah telah disempurnakan oleh Pengarah Pengajian Islam ketika itu, Yang Mulia Dato  Seri  Setia Awang  Haji Kassim  bin  Haji  Lamat  pada  Hari  Isnin, 18 Zulhijjah 1419H   bersamaan  05  April  1999M    pada  jam  9.00  pagi  bertempat  di  rumah pentadbiran Sekolah Ugama Kg. Bolkiah.

 

Sekolah Ugama Kg. Bolkiah menggunakan 6 buah rumah, iaitu 5 buah menempat-kan murid  yang  belajar dari  Darjah Pra  hingga  Darjah 6, manakala   sebuah lagi digunakan bagi menempatkan Bilik Pentadbiran dan Bilik Guru Besar.

 

Cikgu Hajah Rosmawati binti Haji Sulaiman  dilantik selaku  Pemangku Guru Besar ketika itu dan seterusnya menjadi guru besar pertama Sekolah Ugama Kg. Bolkiah. Ketika itu jumlah  tenaga pengajar ialah  seramai 10 orang dan  bilangan muridnya dari  Darjah Pra  hingga  Darjah 6  ialah  seramai  218 orang.  Waktu  persekolahan hanya di sebelah petang sahaja bermula jam 1.45 petang hingga 5.15 petang.

 

 

sukb lama
Hjh Rosmawati bt Hj Sulaiman

Hjh Rosmawati bt Hj Sulaiman

Hj Zaini bin Hj Saman

Hj Zaini bin Hj Saman

bottom of page